

Kajian banjir Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula pada penghujung tahun 2014 dan awal tahun 2015. Ia diketuai oleh Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM merangkap Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) ketika itu. Objektif asal kajian ini ialah untuk melihat isu-isu fiqh dan akidah yang berbangkit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir. Seramai lapan orang ahli akademik USIM dari pelbagai fakulti merentasi pelbagai bidang pengajian Islam seperti Syariah, Dakwah, Akidah serta Quran dan Sunnah. Tempat pertama kajian banjir ini ialah daerah Temerloh Pahang.
Tahun 2015, Kementerian Pendidikan Tinggi telah membukan geran FRGS khas berkaitan banjir. Kumpulan penyelidik kajian banjir USIM yang sama telah dianugerahkan geran FRGS khas banjir. Kutipan data yang lebih tersusun di daerah Temerloh melalui geran khas ini dan juga kutipan data di Pusat Pemindahan Banjir di Pulau Pinang telah menghasilkan satu garis panduan yang dinamakan Garis Panduan Ibadat Ketika Banjir. Satu Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) Fiqh Banjir yang dikenali sebagai FiBA juga telah dihasilkan.