Aplikasi ‘Fiqh Banjir’ Untuk Kemudahan Umat Islam Ketika Musibah Banjir

Berikutan musibah banjir yang pernah melanda negara pada beberapa tahun lalu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr Irwan Subri dan pasukannya membangunkan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai Aplikasi ‘Fiqh Banjir’.

Berperanan sebagai ahli masyarakat dan kepakaran sebagai ahli penyelidik, Dr. Irwan Mohd Subri menyifatkan pendekatan kajiannya bersama pasukan adalah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab kepada saudara seIslam. Justeru, aplikasi ‘Fiqh Banjir’ dibangunkan sebagai panduan asas kepada umat Islam bagi menjalankan ibadah ketika berdepan musibah.

Ketika ditemui, Dr. Irwan Mohd Subri menerangkan aplikasi tersebut bukan hanya untuk mangsa banjir tetapi boleh dimanfaatkan oleh petugas dan sukarelawan yang membantu semasa di lokasi penempatan mangsa banjir. Ikuti temu bual yang disediakan.

Untuk berita lanjut, sila klik di sini!


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *